Tanah runtuh awal pagi Rabu telah meragut sekurang-kurangnya 36 nyawa di wilayah Hiroshima Jepun, dengan seramai 7 orang yang masih hilang. Agensi Meteorologi Jepun mencatatkan 217.5 milimeter, atau melebihi dari 8 inci dengan hujan dalam tempoh tiga jam di Asakita wad, ia merupakan hujan paling tinggi sukatanya di kawasan itu sejak rekod bermula pada tahun 1976.
Usaha menyelamat yang berterusan di bandar Hiroshima, Asaminami dan Asakita wad semenjak tanah runtuh berlaku akibat hujan lebat pada awal pagi Rabu yang telah menghancurkan rumah-rumah dan meniggalkan ramai penduduk terkandas dan terperangkap.
Rakaman dari penyiar awam Jepun NHK menunjukkan kawasan-kawasan bandar dibanjiri dengan lumpur dan air. Rumah telah dimusnahkan dan kereta terbalik. "Saya tidak pernah mengalami apa-apa seperti ini," kata seorang wanita pertengahan umur.
NHK berkata seorang budak lelaki berumur 2 tahun dan seorang wanita berusia 77 tahun adalah antara mereka yang telah disahkan mati. Penyiar itu juga berkata seorang ahli bomba dengan Jabatan Bomba Hiroshima meninggal dunia ketika cuba untuk menyelamatkan mangsa-mangsa bencana.
Seorang pegawai bandar Hiroshima berkata perintah pemindahan dikeluarkan kepada kira-kira 160,000 penduduk di 21 kawasan yang terjejas oleh tanah runtuh. Beliau berkata bandar telah meminta bahawa Pasukan Pertahanan Diri Daratan telah dihantar untuk membantu dalam usaha menyelamat. Rantau ini mengalami lumpur runtuh pada skala yang sama pada tahun 1999 yang telah mengorbankan lebih 30 orang.
Perdana Menteri Shinzo Abe memendekkan percutian musim panas beliau untuk bertindak balas kepada bencana tersebut."Hujan lebat berkemungkinan akan berlanjut lagi." Saya telah mengarahkan kerajaan untuk berusaha habis-habisan untuk menyelamatkan mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita.