Citigroup Inc, dilaporkan dari sumber dengan pengetahuan langsung bahawa ia sedang bersedia untuk menjual operasi pembankan runcit di Jepun. Syarikat perintis dengan ATM 24jam di Jepun dan merupakan satu-satunya bank asing yang telah memceburi dengan luas dalam sektor perbankan runcit, kini membuang tuala selepas gagal untuk mendapat skala yang mencukupi untuk mewajarkan kos. Citigroup juga telah memberi isyarat atas keinginanya untuk memfokus semula strategi luar negara dan menjauhi pasaran tepu seperti Jepun, di mana ia telah beroperasi melebihi satu abad.
Citigroup yang telah menawar tiga peminjam di Jepun, Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) (8306.T), Mizuho Financial Group (8411.T) dan Sumitomo Mitsui Financial Group (SMFG) (8316.T) mengenai jualan, dan juga bank-bank serantau, katanya sumber itu, yang tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu secara terbuka. Manakala Jurucakap Citigroup enggan mengulas selanjutnya. Wakil-wakil di MUFG dan Mizuho juga enggan mengulas manakala seorang wakil di SMFG tidak bersedia hadir.
Walaubagaimanapun bank Amerika Syarikat itu masih akan berurusnaiaga perniagaanya dalam sektor perbankan dan perdagangan korporat dan pelaburan di Jepun, tambah sumber itu.