
Pemuda Umno telah mencadangkan bahawa ahli-ahlinya perlu diberi peluang untuk memegang
jawatan-jawatan penting dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak ahli di dalam
barisan Pemuda Umno kini yang berkelayakan dan berkebolehan untuk memegang
jawatan tersebut.
Khairy berkata ia merupakan langkah penting untuk
ahli-ahli Pemuda Umno dalam kepimpinan parti dan kerajaan.