Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak berkata ekonomi negara telah menunjukan perkembangan 6.2% pada suku pertama tahun ini dan terus meningkat 6.4% pada suku kedua, sambil menambah, "ekonomi negara kita telah berkembang di luar jangkaan."
Beliau berkata satu daripada sebab-sebab prestasi negara lebih baik dalam ekonomi adalah disebabkan oleh peningkatan dalam hasil eksport, yang telah dibukti meningkat sebanyak 14.2% pada suku akhiran kedua berbanding dengan pertumbuhan 10.8% yang dicatatkan pada suku pertama. "Ini menunjukkan bahawa dari segi pengurusan ekonomi, kami berada di landasan yang betul," dalam ucapanya di majlis pelancaran Program Pembangunan Usahawan Melayu di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi pada suku kedua juga jauh melebihi jangkaan.